WELCOME

SELAMAT DATANG



Friday, June 3, 2011

KENDURI KAWIN

Hari ni da msuk bulan Jun & 1 Rejab.... & juga tengah cuti sekolah..kalo da cuti sekolah mesti la budak2 xsekolah..cikgu2 sekolh pon x g sekolah (kdg2 je ade wat clas tmbhn tuk bdk nk pekse). cikgu memandu plak xcuti sbb rmai yg nk blajo memandu time2 cuti sekolah ni..hahaha..melalut plak..

straight to the point..kalo da cuti sekolah mstla byk kenduri kawin...kwn2 aku semua nye naik pelamin cuti sekolah ni. dgn sepupu aku pon wat mjlis mggu ni..aku?ble lg? semua org tnye bende yg same..dan jwpn selamt.." ala tunggu je kad kwin t..jgn risau..aku jemput punye..hadiah nk yg grand2 taw.." hahaha..terus diam org yg b'tnye 2...tp kalo org yg lbh tue tnye..just t;senyum t'sipu2 malu la..hahaha (budget nk jd calon memntu gitu)..nangis abg i nnti...

bile byk knduri kawin..budget pon byk la kuar..mane nk beli hadiah kawin..nk cri bju lg..yela kalo da tiap mggu g knduri kawin..xkn nk bju same je...dah p cri bju..p tempah plak..

k la nk blik da...nnti2 bru nk melalut g..daaaaa.....

Monday, May 30, 2011

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Nampaknya bulan Rejab akan muncul tak lame lagi. Sebab ape tiba2 t;ingat bulan Rejab? Sebab lps Bulan Rejab ialah Sa'ban, then Ramadhan (puasa) then Syawal (hari raya)..heheh..Di sisini ada sedikit info yang boleh dikongsi...

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let?s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:?
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab ) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."





Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis? " Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sebelum dtgnya 5 perkara tersebut.